Thursday, October 16, 2008

Ekonomi Malaysia masih kukuh

Ekonomi Malaysia masih kukuh mensasarkan pertumbuhan antara 5 hingga 5.5 peratus sehingga hujung tahun ini.  Begitulah yang dijelaskan oleh Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara.  Walaupun pertumbuhan dijangka sedikit rendah pada kadar 4 peratus sehingga pertengahan pertama tahun depan, tetapi keadaan akan kembali pulih menjelang 2010.  Inflasi kembali turun kepada 4 peratus dari 8 peratus.  Beliau juga berkata Bank Negara akan bertindak sewajarnya untuk mempastikan supaya ekonomi negara berjalan seperti biasa dan akan memastikan kecairan tunai yang menumpukan pasaran domestik berbanding mengharapkan pasaran luar.

Dengan ini adalah diharap, ekonomi negara tidak terjejas walaupun kuasa ekonomi seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun menhadapi kelembapan.

Pelaburan unit amanah masih relaven kerana faktor ekonomi Malaysia yang mendatang.  Dengan fokus pembiayaan pasaran domestik dan kadar inflasi yang melihatkan pemulihan, sudah tentu ekonomi negara akan berjalan seperti biasa.  Ini sudah tentu akan memastikan pelaburan dalam unit amanah menguntungkan dalam jangka panjang.

Dana-dana unit amanah mudah difahami dan juga mudah untuk dilabur.  Pelaburan yang dibuat perlu mengambil kira prospek jangka panjang dan pelabur disarankan supaya membuat pelaburan secara konsisten bagi memperoleh pulangan yang baik.

Selain mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka, pelabur juga dinasihatkan mempunyai paten pelaburan yang berdisiplin.  Selain bersedia berdepan sebarang situasi terutama ketika pasaran mengalami kejatuhan, pelabur perlu bijak memanfaatkan peluang ketika pasaran lembap dengan melakukan pembelian pada harga murah. 

Dalam keadaan pasaran global semasa yang turun naik, ada pelabur mengambil keputusan untuk melepaskan pegangan mereka dan kaji selidik menunjukkan dalam keadaan terdesak, pelabur juga sanggup menjual pada harga rendah.

Bagi menikmati pulangan yang baik, pelabur dinasihatkan terus kekal berada dalam pasaran dan membuat pelaburan secara konsisten.  Pelabur juga disaran mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam sektor berlandaskan Syariah yang mana mampu memberi pulangan memberangsangkan.


Hubungi saya untuk penerangan lanjut mengenai pelaburan unit amanah atau teruskan mendapat info dari blog ini http://berkatberjimat.blogspot.com.


Ikhlas dari :
Hj. Hishamudin Bin Hj. Bujah
Unit Trust Consultant
019 - 235 8756
shamzilah@gmail.com
http://berkatberjimat.blogspot.com

No comments: