Monday, October 20, 2008

Rangkuman seminar InvestorExpo2008

Alhamdulillah, pada 17hb dan 18hb Oktober 2008, saya telah berkesempatan melawat InvestorExpo2008 yang diadakan di Dewan 5 KL Convention Center, KLCC.  Di situ telah diadakan pameran dan seminar berkaitan pelaburan.  Terdapat ramai bakal-bakal pelabur termasuk warga asing mengunjungi pameran dan menghadiri seminar-seminar yang diadakan.  Saya berasa begitu teruja kerana pelabur-pelabur masih mencari dan berkesempatan menimba ilmu dan informasi pelaburan walaupun sekarang ini rata-rata orang katakan kemelesetan ekonomi.  Sebenarnya, sekaranglah masa pelaburan yang sesuai.

Melabur memerlukan ilmu dan informasi tepat.  Tanpanya, pelaburan mungkin hangus begitu sahaja di dalam skim cepat kaya.  Tanpa ilmu dan informasi juga, pelaburan yang menjanjikan pulangan hebat, mungkin lebur disebabkan pergerakan 'volatile' atau tidak menentu terhadap sesuatu instrumen pelaburan yang dipilih.  Perlunya ilmu pelaburan yang disebut 'tiger'  atau 'harimau' kerana itulah konsep yang digunapakai oleh mereka yang berjaya di dalam pelaburan.  Elakkan dari mengunakan konsep 'sheep' atau 'bebiri' kerana itulah konsep orang-orang yang selalu gagal di dalam pelaburan.  Untuk mengetahui konsep ilmu 'tiger' dan 'sheep' ini, bolehlah hubungi saya nanti ya.

Ada beberapa rangkuman yang ingin saya kongsikan bersama setelah menghadiri ekspo ini, antaranya :
  • melabur di dalam instrumen hartanah, memerlukan kos yang amat tinggi.  Pulangan mungkin naik ataupun turun bergantung kepada lokasi.  Mungkin juga pelabur akan merasakan tidak berbaloi dengan pulangan yang di dapati.  Jangkamasa pulangan ialah purata 5 tahun ke atas.  Proses menjual balik mungkin menyusahkan (rumit seperti iklan, ejen hartanah, cukai kerajaan dan lain-lain).
  • melabur di dalam instrumen matawang atau 'forex' melibatkan matawang asing yang terpaksa ditukar nilainya.  Kos awal pelaburan adalah melebihi RM1000 dan tidak termasuk margin keselamatan.  Pelabur perlu sentiasa mengawasi dan menjaga pergerakan yang amat 'volatile' selain perlu ada Analisa Fundamental dan Analisa Teknikal.  Jika tidak, bersedialah ke arat kehilangan pelaburan.
  • melabur di dalam instrumen syer dan ekuiti secara langsung juga melibatkan kos yang tinggi kerana pelabur mesti melabur tidak kurang dari 1 lot yang mengandungi 1000 unit.   Komitmen pelabur adalah secara langsung dan tidak boleh ditinggalkan setelah pelaburan dibuat.  Pelabur perlu berawas di dalam keadaan 'volatile'.
  • melabur di dalam industri arak atau 'wine' amatlah ditegah.  Setiap muslim perlu memahami perniagaan yang diceburi oleh syarikat sebelum membuat pelaburan.  Bakal pelabur perlu membuat kajiselidik yang mendalam.  Begitu juga pelabur perlu memahami selok-belok perniagaan yang berunsur riba dan gharar.
  • melabur di dalam unit amanah adalah kaedah yang amat selamat.  Pelabur boleh memulakan pelaburan serendah RM1000.00 dan menambah lagi dengan seminima RM100.00 untuk sesuatu dana.  Pelabur tidak perlu mengawasi pelaburan secara kerap kerana pelaburan ialah untuk jangkamasa sederhana dan panjang.  Apa yang penting, pelabur boleh mengharapkan profesionalisma yang dimiliki oleh Pengurus Dana.  Dari segi pulangan di dalam jangkamasa tersebut amatlah memuaskan iaitu dari 12% setahun ke atas (berdasarkan rekod dana-dana yang diuruskan oleh syarikat unit amanah saya).  Pelabur juga boleh mengeluarkan wang pelaburan mereka secara berdikit-dikit atau secara sekaligus bila-bila masa mengikut keperluan masing-masing.  Yang penting lagi, pelabur tidak perlu risau dari kepatuhan syariah jika melabur dengan syarikat unit amanah saya.  Dapatlah khidmat nasihat saya secara percuma.
Malaburlah secara bijak. Hubungi saya untuk pelaburan masa hadapan anda yang lebih terjamin.  Saya sebagai 'consultant' atau perunding pelaburan anda akan berkhidmat sebaik mungkin untuk memaksimakan pulangan.  Teruskan melayari blog saya http://berkatberjimat.blogspot.com



Ikhlas dari :

Hj. Hishamudin Bin Hj. Bujah
Unit Trust Consultant
019 - 235 8756
shamzilah@gmail.com


No comments: