Thursday, October 9, 2008

Kesungguhan Berjimat

Orang tua kita telah berkata, 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.  Tetapi kita asyik mengabaikan pengajaran darinya.  Kalaulah kata pepatah ini diambil pandangan serius, saya percaya setiap kita akan sedaya-upaya akan mengikhtiarkan walaupun RM1 untuk disimpan dalam sebulan dari pendapatan bulanannya.  Memanglah RM1 tidak membawa kesan ketara dalam simpanan.  Tetapi jika disimpan, setahun dapat juga RM12, buat tambahan belanja dapur.  Bayangkan kalau dapat menyimpan RM10, RM50 atau RM100 sebulan.

Sikap orang Malaysia memang suka berbelanja, pantang ada 'sale' atau 'jualan harga runtuh'.  Saya tidak nafikan saya melaluinya suatu masa dahulu.  Kita akan dapat menyaksikan seperti pesta di mana berduyun-duyunlah orang ramai pergi berbelanja, lagi-lagi suasana di Bandaraya Kuala Lumpur. 

Berbelanja memang tidak salah, tetapi hendaklah berpatutan. Usahlah diikutkan hati, berfikirlah secara rasional.  Kalau boleh, ingatlah untuk simpanan hari tua kita dan simpanan untuk pelajaran anak-anak.

Pengurusan kewangan amat penting bagi setiap individu dan kalau boleh wang kita itu disimpan secara bijak.  Beralihlah dari menyimpan dengan cara tradisional.  Jika disebabkan anda  tiada masa untuk memikirkan bagaimana boleh memaksimakan pulangan melalui simpanan, seperti membuat penyelidikan pasaran; maka penyimpanan melalui unit amanah adalah jawapan untuk anda. 

Hubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pelaburan unit amanah.  Kunjungilah selalu laman blog ini iaitu http://berkatberjimat.blogspot.com untuk mendapat motivasi dan info supaya kita beroleh rahmat serta berkat dari berjimat.

Ikhlas dari :
Hj. Hishamudin Bin Hj. Bujah
Unit Trust Consultant
019 - 235 8756
shamzilah@gmail.com

No comments: