Wednesday, October 8, 2008

Unit Amanah

Alhamdulillah, semalam telah sempat saya berjumpa dengan rakan-rakan saya. Saya telah berjaya menerangkan konsep menyimpan yang lebih efektif berbanding dengan kaedah simpanan konvensional. Saya telah menerangkan kepada mereka tentang penyimpanan melalui Unit Amanah. Rata-rata mereka baru mengenal apa yang dikatakan Unit Amanah. Syukur, saya telah memberi ilmu kepada mereka, dan jika anda ingin mengetahui lanjut, jangan berlengah untuk hubungi saya, 019 - 2358756. Ilmu itu juga amanah Allah untuk disampaikan.

Unit Amanah atau dahulunya digelar dengan nama Amanah Saham; adalah kaedah penyimpanan wang oleh ramai individu dan juga organisasi, dikumpulkan melalui dana yang diuruskan oleh syarikat pengurusan profesional dalam aktiviti pelaburan. Sudah semestinya, syarikat ini akan memastikan tanggungjawabnya untuk membawa keuntungan semaksimum mungkin dan keuntungan ini diberikan balik kepada pemegang unit setelah dikirakan caj-caj tertentu.

Kelebihan :
  • Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpan yang membuat simpanan kerap.
  • Jumlah permulaan adalah munasabah berbanding jenis pelaburan lain.
  • Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap.
  • Unit amanah memberikan portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan.
  • Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa.
Risiko :
  • Pelabur terdedah kepada turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang dana tersebut dilaburkan. Walau bagaimanapun, kelebihan kepelbagaian pelaburan unit amanah mengurangkan kesan turun naik harga tersebut bagi pelabur yang mempunyai modal pelaburan yang terhad.
Jika anda inginkan maklumat lanjut berkaitan pelaburan unit amanah, hubungi saya atau dapatkan info dari blog http://berkatberjimat.blogspot.com


Iklas dari :
Hj. Hishamudin Bin Hj. Bujah
Unit Trust Consultant
shamzilah@gmail.com
019 - 235 8756


1 comment:

Sunthara said...

Dengan 23 bab dan lampiran-lampiran jadual pengiraan "time value" (buku saya Rahsia Melabur Unit Amanah) saya rasa soalan "Apa Itu Unit Trust" berjaya dijawab 90 peratus. Baki 10 peratus maklumat dalaman patut dijawab oleh konsultan dan pengurus dana syarikat berkenaan. Boleh dipesan atau dibeli dari MPH, Popular atau terus dari penerbit PTS 603-61880316.

Beberapa bab/ms secara percuma ehsan Google.
http://books.google.com/books?q=sunthara+segar&btnG=Search+Books

Sunthara Segar CFP,RFP
Writer,Marketing and Copywriting Consultant
http://ilmudigital.blogspot.com
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat