Monday, October 6, 2008

Keratan Akhbar Utusan Malaysia Hari Ini : Pengemis ada RM9,786 Dalam Tangan

Saya terbuka akhbar Utusan Malaysia hari ini dan terdorong untuk mengulas lanjut berkaitan  dengannya.  Akhbar tersebut memaparkan tajuk "Pengemis ada RM9,786 Dalam Tangan".  Anda boleh merujuknya dalam Utusan Online.

Alangkah bertuahnya bumi Malaysia ini, wang memang mudah diperolehi.  Bukannya saya sokong kegiatan pengemis-pengemis ini.  Tetapi inti patinya ialah pengemis-pengemis ini pun pandai berjimat.  Masakan tidak, apabila disemak dan disoalsiasat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa ada diantara mereka ini telah menyimpan sebanyak RM15,000.00 di dalam bank.

Apa yang tertarik ialah sikap menyimpan dan menabung mereka ini patut direnungkan. Mereka ini sedar peri pentingnya faedahnya menyimpan.  Saya yakin mereka akan mengeluarkan wang simpanan ini apabila dirasakan perlu atau apabila misi mereka ini tamat.

Itulah yang dikatakan faedah berjimat.

Jadi, pengajaran dari keratan akhbar ini ialah setiap individu rakyat Malaysia perlulah mempunyai sikap menabung dan menyisih sikap boros berbelanja.  Ingat, Berjimat itu membawa Berkat.


P/S :
  • Anda boleh menabung di dalam Unit Amanah kerana kadar purata pulangan pada kebiasaanya lebih baik iaitu 10% hingga 15% setahun.
  • Hubungi saya untuk keterangan lanjut atau layari blog saya http://berkatberjimat.blogspot.com

Ikhlas dari :
Hj. Hishamudin Bin Hj. Bujah
Unit Trust Consultant
019 - 235 8756
shamzilah@gmail.com


No comments: