Sunday, October 5, 2008

Mengapa Kita Kena Berjimat?

Berjimat? Atau maksud mudahnya, tidak boros dalam berbelanja dan menyimpan sebahagian. Apabila keadaan memerlukan, barulah dikeluarkan wang yang disimpan itu.

Tetapi, berapa banyak yang perlu disimpan? Pakar-pakar kewangan rata-rata menyarankan kadar simpanan setiap individu hendaklah lebih kurang 10% dari pendapatan bulanan. Hanya apabila keadaan yang memerlukan sahaja wang ini dikeluarkan. Kita tidak dapat pastikan bila terjadinya waktu kecemasan atau menghadapi keadaan inflasi. Kita juga boleh merancang untuk tujuan pembelian harta yang difikirkan sesuai dengan wang simpanan tersebut.

Pendek kata, berjimat memang membawa berkat. Dalam hal yang sama, kita boleh berjimat lagi menguntungkan jika kita pandai mengolah dan meletakkan wang simpanan kita itu di tempat-tempat yang sesuai. Sudah tentu bukannya di bawah bantal dan dalam tempayan seperti orang-orang dulu. Sekarang ini terdapat banyak pilihan tempat yang sesuai antaranya :
  • bank-bank melalui skim simpanan
  • Syarikat Takaful
  • Tabung Haji
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Syarikat Dana Unit Amanah
Semua ini mempunyai kelebihan masing-masing dan matlamat yang tertentu. Saya rasa anda tahu pun jawapannya. Tetapi secara ringkasnya, saya menggalakkan anda menyimpanlah sejumlah wang di dalam Syarikat Dana Unit Amanah untuk jangkamasa sederhana dan panjang iaitu 3 tahun ke atas. Terdapat dana-dana yang pulangannya setinggi 15% setahun.

Tepuk dada tanya selera.

Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai unit amanah, anda boleh menghubungi saya atau dapatkan info lanjut melalui http://berkatberjimat.blogspot.com



Ikhlas dari :
Hj. Hishamudin Bin Hj. Bujah
Unit Trust Consultant
shamzilah@gmail.com
019 - 235 8756

No comments: